KejorYop's FotoPage

By: KejorYop Kejor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Sunday, 25-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Main Combat

Berbaris sebelum mendaftar sebagai sojar
Sarjan Yop dgn askar British
ke medan tempur
View all 6 photos...
pagi tadi Dillon telepon, dialog lebih kurang macam nilah..(setelah ditranslate..)

Dillon: Err kamu datang tak pagi ni..
Aku: Eh mesti lah kan hari tu dah bayar..
Dillon: Tak delah tadi Pete cakap kamu mungkin tak datang..
Aku: Alah ko tunggu jerlah kat Mc Donald Basset Pole nanti aku sampai lerr..
Dillon: Ok ler macam tu..

30 minit aku pun sampai..batang hidung diorang pun tak nampak..yang ada bebudak warehouse..budak IT sorang pun tak der..tunggu dekat sejam baru sampai..lepas tu apa lagi kena sumpah ler..tapi cam mana pun kitarang enjoy ler jugak game ni..dengar kata nak buat lagi tapi ntah ler dah masuk falls dah ni ..2 minggu lagi dah puasa tak larat aku..tapi bila main Paintball ni teringat kat kampung dulu..masa kecik kecik..main kombat pakai senapang kayu tak pun batang bemban..dalam kebun getah jer..nostalgia betul ...agaknya kalo sembang dgn Duan, Zam, Adek, Ipin, Joi...mesti diorang pun senyum.. things that money cant buy..


Thursday, 30-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Footie 2005 -Friendly Match-

'IT Blues' dream team 2005
live telecast from UCE football pitch
kejor yop kejor...
View all 6 photos...
Di England di panggil football, kat US Soccer, kat Malaysia bolasepak, kat Indonesia sepakbola. Walaubagaimana pun bola sepak merupakan salah satu medium untuk merapatkan hubungan sesama kawan kawan dan kekadang boleh buat gaduh jugak.

Sama juga kat tempat kerja aku..baru baru ni aku diminta untuk organise friendly match between IT dgn Operation. Setahu aku tak pernah dua department ni buat lawan bola..so kira usaha aku ni pecah tradisi untuk dua department yang tak pernah ngam.. yelah org IT selalu tuduh Operation rosakkan komputer, Operation pulak sebaliknya..
So setelah diadakan perbincangan antara 2 team, aku pun pergilah ke Erdington untuk tempah padang mahal jugak 30 pound satu jam. Dah dapat padang kena kumpul orang pulak..selaku manager dan kapten untuk team IT..banyak strategi yang nak dirancang. Yang kelakarnya aku dipilih sbb.. banyak sgt cakap pasal bola..kalu nak ikut saiz badan langsung ler..masa kat Malysia dulu aku ni kira saiz S..so boleh bayang ler dikalangan kawan kawan bangsa Eropah ni..Apa pun usaha aku buat friendly match dapat sokongan ramai, lebih 30 org yang hadir termasuk cheeky girls..Anyway IT diwakili oleh Chris, Rob, Steve, Zul(Capt), Mike, Paul,Dylon, Joe, Simon, Nick, Brian...but unfortunately..that day..we are very unlucky.. no joy..faham faham jerlah..


Saturday, 30-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
IT Department (The Blues)

System Analyst cum coffee boy..fluent english/dutch..
nothing impossible..but always problem
as ussual..bay 94 ..please
View all 6 photos...
Agaknyer memang dah ditakdirkan untuk aku bekerja kat sini, rasa macam baru semalam aku berkubang kat sungai Perak, macam baru jer lagi aku dok melangut kat kedai kopi kat tg belanja, parit. Yelah jodoh, ajal, rezeki ditangan tuhan.Berbekalkan sekeping kertas ijazah dari Univerisiti Pertanian Malaysia skg ni Uniputra dan sedikit knowledge pasal komputer..alhamdulillah bolelah..tak sia sia ambik kelas BI masa cuti semester dulu..hmm cerita lama...

Kerojer kat syarikat ni ok jugak, bermacam macam aku belajar dari dialek english yang bermacam tu sampai ler ke cara kerja dan communication within employee. Tapi biasalah dgn orang putih ni ego nyer berbakul...maklumler dasar penjajah..tapi kekadang aku pun ego jugak especially bila dok kenang JWW Birch kena tetak sampai mati kat Pasir Salak.........Hidup Yop!!!!


Tuesday, 5-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Aiman's Award

sekolah Adam(reception) dan Aiman..Manor Park Primary School
cikgu sibuk membetulkan anak murid
Award untuk term 1
View all 6 photos...
tak sangka masa berjalan terlalu cepat...rasanya macam baru bulan lepas dia dilahirkan kat hospital besar KL. Sekarang dah nak masuk year 2..kat school.. dah jadi abg long.dah ada 3 adik.
Anyway..kata arwah mak ...dia ni banyak ikut aku...(yang positif jer kut..) Sekarang ni pun dia dah banyak perubahan..kalau nak dibandingkan masa mula sampai kat UK ni. Dari langsung tak tahu cakap orang putih..dah boleh buat lawak bodoh dgn kawan kawan kat school. Sebagai anak melayu nampaknya dia dah mula tunjukkan kecemerlangan kat sekolah..oklah tu..tak rugi datang beribu batu kenegeri orang...


Sunday, 20-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Friendly Match 2004, Birmingham Vs Larborough(Venue Larborough)

acara strecthing sebelum ke Larborough
Kamal pening kepala..Hadi boleh lepak lagi kat belakang tu..
on the way to match..kanak-kanak Ribena
View all 14 photos...
Match ni just a warm up for the next games...Sheffield and Piala Perantau. So sejak memangku jawatan tokey bola birm dari Dr J...yang dah pun balik ke tanah air tercinta...maka terpaksa lah aku plan something untuk masyarakat Malaysia kat sini...terutama untuk bola.
Not easy for us to plan this friendly match..sbb pepagi lagi one of our car break down (secara tak langsung pagi tu dah strecthing dah)...for the alternative pinjam pulak kereta Mat yat...on the way pulak nearly accident kat M42..nasib baiklah pengalaman sebagai defender membolehkan aku mengawal kereta dgn baik...pucat jugak players aku...
Sampai kat football pitch terkejut tengok players ..home yang tegap..tegap badan macam betul..betul footballer..yelah kitarang ni yang ramainye undergraduate..yang baru sampai seminggu dari Malaysia pun ada jetlag pun tak hilang lagi..
But for the match..strategy comes first..macam tak caye jer boleh menang 3-2...untuk tak menghampakan home... kitarang beri cenderahati bola sebijik...Anyway many thanks to the goolie Hakim..menjadi pulak budak tu..to the scorer Syahir, Azuan(captain) and Azlan...well done...



[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net